Pages

Sunday, August 1, 2010

Refleksi

~Buku Teks Geografi Tingkatan 1
~Laman web 'Bing'
~Laman web 'Google'
~Laman web 'Mixpod'

Penghargaan

Dengan melakukan blog geografi ini,saya telah dapat mencari maklumat di Internet dengan sendiri.Sebelum ini,saya tidak tahu bagaimana mencari maklumat,sehinggalah guru-guru bertanggungjawab mengajar saya.Saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana mereka telah menganjurkan pertandingan blog geografi Tingkatan Satu 2010.Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah memberi masa kepada saya untuk membuatkan blog geografi ini.Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada peserta pertandingan ini kerana saya telah mendapat tandingan.


Terima kasih kepada semua!!!

Kuiz Bab 6-Bentuk Muka Bumi

Try first before you see the answer~~~GOOD LUCK~~~


1.Antara pernyataan berikut manakah menerangkan bentuk muka bumi Malaysia?

I Kawasan tanah tinggi terletak di kawasan pedalaman
II Kawasan tanah pamah terletak di sepanjang sungai utama
III Kawasan pinggir lautnya berteluk-teluk dan panjang
IV Sungai-sungainya pendek dan beraliran deras

A. I,II, dan III C. I,III, dan IV
B. I,II, dan IV D. II,III, dan IV


2.Antara pernyataan berikut manakah benar tentang banjaran gunung di Malaysia?

I Bebas daripada gunung berapi
II Menganjur ke arah timur
III Kasap dan tidak stabil
IV Terdiri daripada gunung lipat tua

A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV


~ Beralun-alun dan berbukit-bukau
~Ditanami getah, kelapa sawit, dan nanas

3.Kawasan yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas ialah

A. Dataran Kedah-Perlis
B. Dataran Selangor
C. Dataran Johor
D. Delta Rajang


4.Sungai yang penting untuk kegunaan domestik dan penjanaan kuasa hidroelektrik ialah

A. Sungai Perak
B. Sungai Rompin
C. Sungai Baram
D. Sungai Segama


5.Tasik manakah yang terhasil akibat tindakan manusia?

I Tasik Chenderoh
II Tasik Temenggor
III Tasik Chini
IV Tasik Kenyir

A. I,II, dan III C. I,III, dan IV
B. I,II, dan IV D. II,III, dan IV







Answers:1)C 2)D 3)C 4)A 5)B

Wednesday, June 23, 2010

Bentuk Muka Bumi Sepanjang Aliran Sungai

Sistem sungai dibahagikan kepada peringkat hulu, peringkat tengah, dan peringkat hilir. Peringkat hulu sungai terletak di kawasan pergunungan. Sungainya mengalir deras menuruni cerun yang curam. Oleh itu, sungai di peringkat hulu mempunyai kuasa menghakis yang giat. Bentuk muka bumi di peringkat ini termasuk jeram, air terjun, dan gaung.
Sungai mengalir sederhana deras di peringkat tengahnya. Maka, tindakan hakisan melebar lebih pesat. Bentuk muka bumi di peringkat tengah termasuk susuh bukit berpanca dan liku sungai. Hakisan sungai berkurangan di peringkat hilir. Proses pemendapan sungai lebih aktif dan berkesan di peringkat hilir. Bentuk muka bumi di peringkat ini ialah liku sungai yang besar, tasik ladam, dataran banjir, tetambak, dan delta.

Saliran di Malaysia


Malaysia mempunyai banyak sungai kerana menerima hujan lebat sepanjang tahun. Kebanyakan sungai di Semenanjung Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa. Sungai-sungai ini mengalir ke Laut China Selatan dan Selat Melaka. Di Sabah dan Sarawak, sungai-sungainya berpunca dari banjaran gunung di pedalaman. Sungai-sungai ini pula mengalir ke Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Umumnya sungai-sungai di Malaysia adalah deras alirannya di peringkat hulu, manakala di peringkat hilir sungai, alirannya perlahan. Sungai-sungai membawa kelodak. Kelodak yang dimendapkan di kualanya membentuk dataran yang luas.
Malaysia dikurniai dengan tasik semula jadi seperti Tasik Bera dan Tasik Chini. Terdapat juga tasik buatan manusia seperti Tasik Kenyir untuk menjana kuasa hidroelektrik, Tasik Chenderoh sebagai sumber ikan air tawar, dan Tasik Perdana yang menjadi tarikan pelancong.

Pola Saliran

Sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya. Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya dinamakan lembangan sungai. Cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan lain dikenal sebagai pola saliran. Terdapat beberapa pola saliran, iaitu pola reranting, jejala, selari, gegelang, dan jejari.

(a) Pola saliran reranting

~ Berbentuk seperti ranting pokok.
~ Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama pada sudut kurang dari sudut
tepat.
~ Terdapat di kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan.
~ Contoh : Sungai Pahang, Sungai Kelantan.

(b) Pola saliran jejala

~ Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut secara
berselang-seli.
~ Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut.
~ Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat, iaitu 90 darjah.
~ Contoh : Sungai Perak.

(c) Pola saliran selari

~ Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari
antara satu sama lain.
~ Terdapat di cerun curam.
~ Contoh : Sungai Kinabatangan.

(d) Pola saliran gegelang

~ Cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan
sungai utama di kawasan tanah rendah.
~ Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai.

(e) Pola saliran jejari

~ Berbentuk seperti jejari roda.
~ Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah
bukit atau gunung.
~ Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah.

Bentuk Muka Bumi Malaysia ~ Pentas benua


Ciri
~ Bahagian dasar laut yang cetek lanjutan dari pinggir laut.
~ Kedalaman tidak melebihi 180 meter.

Kepentingan
~ Kawasan perikanan.
~ Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli.

Contoh kawasan
~ Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.
~ Merangkumi Laut China Selatan.